Pengoperasian semula premis polis pelancong di MaTiC

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) telah menempatkan semula anggota polis pelancong di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) setelah dihentikan operasinya sejak 2020 berikutan pandemik COVID-19.

Ketua Setiausaha MoTAC, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita di sini pada Rabu.

Menurutnya, peranan Unit Polis Pelancong (UPP) untuk memberi keutamaan daripada aspek layanan kepada para pelancong dan menyalurkan maklumat serta panduan mengenai pelancongan di Malaysia khususnya di bandaraya ini, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

MoTAC sentiasa menyokong peranan agensi penguatkuasaan dan ketenteraman awam dalam memastikan tahap keselamatan dan keyakinan pelancong berada di tahap yang baik.

Menurutnya lagi, MaTiC dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Industri (BPI) telah menganjurkan Kursus Mesra Malaysia kepada 120 pegawai dan anggota UPP PDRM pada 2 dan 5 Oktober lalu bersempena dengan pengoperasian semula Balai Polis Pelancong.

Lokasi strategik MaTiC yang terletak di Jalan Ampang di sini menyediakan akses pilihan kemudahan pengangkutan awam kepada para pelancong untuk mengunjungi premis ini dengan mudah.

Selaras dengan penubuhan UPP sejak 1988 bagi memastikan keselamatan pelancong di negara ini terjamin melalui keberadaan dan rondaan di kawasan-kawasan tarikan pelancong.

“Pihaknya dengan kerjasama JPJKK telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik premis ini bagi menjamin keselesaan dan memudahkan pelancong berurusan dengan anggota UPP di MaTiC.

Selain itu, peranan anggota UPP selaku frontliners dapat memberikan impak bermakna dengan peningkatan kehadiran pelancong menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina,”katanya.

“Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian budaya turut dikenali sebagai ‘Malaysia Truly Asia’ di serata dunia dan ianya salah satu faktor penarik bagi sektor pelancongan inbound ke negara ini.

Kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing dijangka seramai 35.6 juta orang dan boleh mengutip hasil sebanyak RM147.1 bilion menjelang akhir tahun 2026.

Tahun ini menyaksikan giliran Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean dan adalah signifikan MoTAC akan membuat persediaan sewajarnya menjadi hos yang baik kepada pelancong terutamanya menjelang tahun 2025 dan 2026, ”katanya lagi.

“Persekitaran yang selamat kepada pelancong adalah antara faktor utama Malaysia menjadi hos negara yang baik serta dapat membantu dalam meningkatkan kehadiran pelancong ke negara ini

Sektor pelancongan merupakan antara sektor utama yang menyumbang kepada pendapatan negara ini melalui limpahan ekonominya dan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan, ”tambahnya.

“Susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India mulai 1 Disember lalu, terdapat peningkatan ketara ketibaan pelancong dari China dan India ke Malaysia.

Pelancong dari China meningkat sebanyak 35 peratus kepada 168 ribu dan pelancong dari India pula bertambah 61 peratus kepada 84 ribu orang,”ujarnya.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri MoTAC, Masliza Che Omar, Pengarah MaTiC Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Supt. Rozaiman Hashim dan Ketua Unit Polis Pelancong ASP Kamaruzaman Endut.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat