KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menzahirkan rasa syukur sejurus Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (“No Further Action”) akan diambil berhubung kes melepaskan tanpa membebaskan (Discharge Not Amounting to Acquittal – DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
“Alhamdulilah akhirnya kebenaran terjawab juga.
“Jabatan peguam negara berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan,mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut” -yang membawa maksud selama ini pertuduhan terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi adalah bermotifkan politik tanpa mengira asas bukti yang mencukupi.
“Akhirnya terjawab juga setelah sekian lama.
“Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan,” ujar Akmal.



