Sizzling Tahap Baru: Kool Grill di Genting Skyworlds Dibuka dengan Hidangan Menarik Gabungan Timur dan Barat

- Advertisement -

Genting Highlands, 8 Januari 2025 – Nikmati pengalaman kulinari istimewa di Kool Grill, restoran baharu yang menghidangkan sajian barbeku dan masakan tempatan, semuanya dipanggang segar di atas api terbuka. Terletak pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut di Genting Skyworlds, Kool Grill menawarkan gabungan cita rasa asli dan suasana yang memukau!  

Kool Grill terletak di lokasi strategik di pintu masuk taman tema luar yang terkenal. Dengan suasana moden, selesa, dan santai, restoran ini menghiasi ruangannya dengan reka bentuk dalaman serba putih. Terletak di sudut laluan taman tema yang sibuk, ia menawarkan ruang makan yang ceria, sesuai untuk kumpulan kecil dan keluarga.

Seperti yang tercermin dalam namanya, Kool Grill menyajikan pelbagai hidangan berasaskan barbeku dan panggang. Restoran ini mengutamakan konsep memodenkan hidangan tempatan dengan mengubah suai masakan warung tradisional, memberikan sentuhan unik kepada rasa dan hidangan yang digemari rakyat Malaysia.

Ketua Chef Eksekutif, Muhamad Muhader Bin Wahi Anour (Chef Aidil), yang bertanggungjawab menjaga warisan citarasa Resorts World Genting, memperkenalkan Kool Grill yang menyajikan lapan hidangan fusion Timur-Barat yang lazat dan santai. Setiap hidangan direka khas untuk memuaskan selera pengunjung taman tema, menawarkan pilihan yang berbaloi dengan harga yang menarik.

Chef Aidil di Kool Grill bertanggungjawab memastikan setiap hidangan tempatan di Resorts World Genting mengekalkan rasa asli dan keaslian tradisinya. Dengan sentuhan kreatif, beliau mengolah rasa tradisional dan menggabungkannya dengan elemen Barat, mencipta kombinasi moden yang memikat antara citarasa Timur dan Barat.

Nikmati hidangan penuh rasa dengan pilihan menu yang menarik seperti Pizza Nasi Lemak Ayam BBQ, yang menampilkan udang dengan pes cili pedas dan sosej ayam BBQ, disajikan di atas nasi lemak wangi dan dihiasi dengan timun segar, kacang tanah rangup, serta ikan bilis. Selain itu, ada juga Sosej Ayam berperisa Satay BBQ, sosej ayam yang dipanggang sempurna dengan lapisan BBQ berasap, dihidangkan bersama sos kacang berkrim. Jangan ketinggalan Daging Tarik BBQ Cayenne di atas Roti Bakar Arang, daging lembut berperisa BBQ dan lada cayenne, disajikan dalam roti bakar arang yang rangup. 

Antara hidangan klasik yang disajikan termasuk Drumet Ayam BBQ Madu Goreng Wok, Bebola Perisa Kung Pao, iaitu dumpling makanan laut yang rangup di luar dan lembut di dalam, disajikan dengan sos kung pao pedas. Tandoori Magic dengan Roti Pipih menampilkan ayam tandoori yang diperap dengan campuran rempah kaya, dipanggang sempurna, dan dihidangkan bersama salad timun segar, sayur campur serta roti pipih. Pai BBQ Daging Ssamjang Korea menonjolkan daging lembut dalam sos ssamjang yang kaya, dipadankan dengan kacang manis, kentang berkhasiat, dan bawang wangi dalam pai yang dihiasi dengan keju cair serta disajikan dengan kerepek rangup. Sementara itu, Pizza Ayam Satay BBQ menampilkan ayam lembut diperap dengan rempah satay, disaluti dengan kuah kacang, dan dihiasi dengan hirisan timun, ikan bilis serta keju. Semua hidangan disajikan dengan penuh kemas di atas papan kayu. Para pengunjung juga boleh membeli set nilai yang merangkumi satu hidangan utama bersama minuman panas atau sejuk, tidak termasuk mocktail.

Kool Grill menawarkan gabungan seni masakan yang inovatif, direka khusus untuk memenuhi selera tempatan dan pengunjung antarabangsa. Ia memberikan sentuhan moden kepada rasa warisan, sambil mengekalkan kualiti, harga yang berpatutan, dan pengalaman yang memuaskan bagi pengunjung Genting Skyworlds. Semua hidangan adalah mesra Muslim dan disediakan di premis.

Kool Grill kini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang. Sempena acara ikonik Resorts World Genting, Tahun Baharu Cina di Puncak Awan yang berlangsung dari 28 Januari hingga 16 Februari 2025, waktu operasi restoran ini akan dilanjutkan hingga jam 11 malam. Untuk maklumat lanjut, kunjungi rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi Resorts World Genting.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat