Pas, Bersatu tak ikhlas bukan berprinsip tolak rasuah – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli MKT UMNO, Datuk Puad Zarkashi menyifatkan Pas dan Bersatu tidak ikhlas, berbelah bagi dan bercelaru hala tuju dalam usaha untuk untuk manipulasi isu titah addendum.

“Memang memualkan apabila Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan Mahathir Rais berhujah, ketiadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang di perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak sebagai mengekalkan prinsip anti rasuah.

“Tidakkah Muhyiddin sedang didakwa kerana rasuah Jana Wibawa? Mana ada prinsip kalau Muhyiddin biarkan menantu lari ke luar negara. Anak Najib tidak seorang pun yang lari.

“Mengarut. Kalau berprinsip Muhyidin patut bantah Pas buat perhimpunan,” bidas Speaker Dun Johor itu.

Kata Puad, selain tidak boleh kawal Pas, Muhyiddin rasa malu untuk hadir.

“Sebab itu Pas dan Bersatu bercelaru untuk manipulasi isu titah addendum. Tidak ada keikhlasan,” dakwa Puad.

Sebelum ini Mahathir Rais berkata, ketiadaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya daripada Pas Hadi Awang dalam himpunan solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman membuktikan Perikatan Nasional (PN) kekal dengan prinsip menolak salah guna kuasa serta rasuah.

Kata beliau antara pemimpin pembangkang yang mengkritik penglibatan komponen PN menyertai himpunan itu berkata ketidakhadiran pemimpin utama tersebut lebih kepada mengekalkan pendirian yang selari dengan prinsip perjuangan gabungan.-SUARATV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat