Pas tanya Kit Siang adakah pengampunan Najib akan runtuhkan kerajaan Anwar?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas kembali menyoal Tan Sri Lim Kit Siang adakah beliau masih beranggapan pengampunan diraja untuk Datuk Seri Najib Razak akan meruntuhkan kerajaan selepas Umno memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari bertanya, masihkah Kit Siang kekal berpandangan demikian atau sudah merubah pendirian tersebut?

“Kelmarin Umno melalui Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa parti itu secara rasminya memohon ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong agar Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan penuh.

“Soalan saya, masihkah Lim Kit Siang berpandangan bahawa pengampunan diraja untuk Datuk Seri Najib akan meruntuhkan kerajaan?

“Ini dipetik dari kenyataannya sendiri pada April 2023, “Saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan Umno sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar..”

“Soalan saya, masihkah Tan Sri Lim Kit Siang masih berpandangan demikian atau sudah merubah pendirian tersebut? soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada April 2023, pemimpin veteran DAP Kit Siang memberi amaran bahawa Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan diraja.

Menjelaskan pendapatnya itu, Kit Siang melihat masalah yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim lebih kepada bersifat dalaman daripada luaran.

“Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa Umno hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib diampunkan.

“Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan Umno sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar,” kata Kit Siang.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat