Bengkel Teater Kanak-Kanak di Alor Setar 23 Januari ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPAK) akan menganjurkan Bengkel Teater Kanak-Kanak ‘Ceria Cuti Sekolah’ di Auditorium, PPAK dekat sini pada 23 Januari ini.

Bengkel ini akan dibimbing dan dikendalikan oleh Mohd Zulkamal Ismail atau lebih dikenali Joe K.A.S merupakan seoarang pengarah dan penulis skrip drama pentas tersohor di utara tanah air.

Beliau yang juga munsyi Dewan (Sastera), giat dalam teater dan sastera berkata, bengkel ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, namun cuma 30 orang terawal sahaja kerana penyertaanya amatlah terhad.

Menurutnya, para peserta berpeluang mengikuti bengkel lakonan sebagai persediaan asas untuk menjadi pelakon, dan menambah pengetahuan mengenai teater.

“Selain itu, membina potensi diri kanak-kanak, mengasah bakat dan memperkenalkan seni teater kepada generasi muda.

“Antara pengisian bengkel adalah seperti latihan asas teater seperti pernafasan, vokal, bahasa tubuh dan latihan intonsi.

“Semua aktiviti akan dibuat secara persorangan, berpasangan dan berkumpulan,”katanya.

“Sempena cuti sekolah program ini positif untuk ibu bapa menghantar anak-anak menyertainya.

“Di samping itu, dapat membina kreativiti dan imaginasi kanak-kanak serta mengurangkan kealpaan mereka terhadap dunia gajet, ”katanya lagi.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk mengasah bakat lakonan dan kreativiti anak-anak anda dan yuran pendaftaran hanyalah RM50 untuk sijil dan makan minum.

“Daftar segera dan pastikan anak anda tidak ketinggalan dalam pengalaman teater yang menyeronokkan ini,”tambahnya.

Tambahnya lagi, mereka yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi Cikgu Joe (017 -5697045) atau Puan Syira (04-7333592) – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat