Parti Bangsa Malaysia: Majmuk & Progresif

- Advertisement -

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Hari ini, satu mesyuarat luar biasa dan pemilihan kepimpinan baharu diadakan oleh Parti Bangsa Malaysia yang menobatkan YB Larry Sng sebagai presiden parti tersebut.

Parti Bangsa Malaysia bukanlah sebuah parti baharu, namun ia berasal daripada Sarawak Workers Party yang berpaksikan perjuangan golongan pekerja dan marhaen di bumi Kenyalang.

Kini, tidak lagi tertumpu kepada mana-mana negeri, parti tersebut yang telah dijenamakan semula untuk menjadi lebih terbuka dan dibarisi oleh pemimpin dari Borneo dan juga Semenanjung Malaysia.

Penulis melihat perkara ini adalah satu perkembangan yang sihat di dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Sungguhpun parti politik berasaskan kaum masih lagi mempunyai sokongan yang agak kuat di negara ini, parti pelbagai bangsa seperti Parti Bangsa Malaysia ini memberikan pilihan alternatif kepada para pengundi dalam pilihanraya akan datang.

Tidak seperti parti-parti lain, Parti Bangsa Malaysia dilihat bergerak atas dasar pelaksanaan pembaharuan bagi meningkatkan lagi kemajuan negara.

Agenda Reset 2030 yang dibawakan oleh parti ini menampilkan idea-idea baharu yang bertunjangkan kemajuan teknologi dan pembagunan dari sudut ekonomi dan sosial di Malaysia.

Hal ini adalah selaras dengan agenda The Great Reset 2030 yang turut dibentangkan di dalam Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) bagi membangunkan semula ekonomi dunia selepas diserang hebat oleh wabak Covid-19.

Ditambah lagi dengan penyertaan lebih 50,000 ahli Penggerak Komuniti Negara(PKN) di dalam Parti Bangsa Malaysia pada 21 Disember 2021 yang lalu, ini menunjukkan parti ini akan turut bergerak atas dasar politik khidmat bakti kerana PKN adalah antara NGO yang paling aktif membantu masyarakat di peringkat akar umbi.

Dengan penubuhan parti-parti baharu seperti Parti Bangsa Malaysia, kini rakyat mempunyai lebih banyak pilihan di dalam pilihanraya akan datang untuk menentukan siapakah yang bakal mewakili mereka di dalam parlimen dan juga dewan undangan negeri.

Kita perlu sedar, selepas PRU-14 yang lepas, lanskap politik negara telahpun berubah. Kini koridor kuasa yang mentadbir Malaysia tidak lagi tertumpu kepada sesuatu parti atau figura tertentu sahaja.

Mungkin sudah tiba masanya parti-parti baharu ini diberikan perhatian yang serius oleh rakyat Malaysia.

Kita memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja stabil tetapi turut bijak merencana masa hadapan negara.

Penulis melihat, Parti Bangsa Malaysia mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada kemajuan negara sekiranya diberikan peluang oleh rakyat.

Agenda yang mereka bawakan adalah amat bersesuaian dengan perkembangan semasa dan wajar dipertimbangkan oleh kita semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat