Kes Baru Covid-19 Turun Kepada 2,888 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,888 kes hari ini, berbanding 3,251 kes semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menyumbang kepada 2,786,219 kes kumulatif hari ini, manakala dilaporkan sebanyak 2,714 kes sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh 2,714,614 direkodkan dalam tempoh sama,

“Daripada 2,888 kes harian dilaporkan hari ini, sebanyak 36 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 248 kes, sementara 117 kes memerlukan bantuan pernafasan dan terdapat satu kluster baharu turut dikesan hari ini,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, hari ini.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pada 0.97 dengan Labuan merekodkan nilai tertingi iaitu 1.12 dan 1.06 bagi Sabah.

Mengenai banjir, Dr Noor Hisham berkata setakat 3 petang tadi, KKM mengesan tiga lagi kes positif dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan jumlah keseluruhan kini 469 kes.

Katanya, KKM turut mengesan sembilan penyakit berjangkit melibatkan mangsa bencana itu merangkumi lapan kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat