Tak mustahil politik norma baru Perak berlaku di Putrajaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perak dikatakan pembuka jalan kepada “politik norma baru” di Malaysia bahkan dikatakan tidak mustahil ia bakal berlaku di peringkat Persekutuan, dakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Gelombang perubahan politik ini dakwanya signal kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perak telah mempelopori politik norma baru. Apakah itu signal kepada Muhyiddin? Tidak mustahil ia berlaku di Pusat.

“Walaupun UMNO ada pendirian, iaitu “No PKR-No DAP”, usul tersebut tetap disokong. Maksudnya pendirian politik bukan mudah menghalang dinamika politik norma baru.

“Justeru UMNO tidak boleh apologatik? Takut dituduh mabuk kuasa, cium mulut dengan musuh dan gila jawatan. Usul UMNO itu wajar kerana hanya mahu tukar Menteri Besar yang gagal,” tegas Puad.

Beliau menjelaskan, sokong menyokong tidak lagi rigid bahkan tidak lagi berasaskan gabungan politik.

“Kerjasama boleh berlaku dengan sesiapa seperti di Perak.
“Nampak pelik PKR dan DAP sokong usul undi percaya UMNO terhadap MB Perak? Tetapi tidak pelik dalam konteks politik norma baru,” ujar beliau.

Puad menyatakan bahawa sebenarnya banyak kejutan sejak Bariasan Nasional (BN) hilang kuasa.

“Pakatan Harapan (PH) tumbang apabila BN- Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Bersatu 2.0 bergabung. Sedangkan Bersatu musuh yang kalahkan BN di PRU-14.

“Sesungguhnya rakyat mahu melihat siapa lebih bijak. Siapa pandai mengurus ekonomi, mengurus perkauman, mengurus janji dan mengurus kejujuran demi kelangsungan hidup rakyat,” katanya.

Kini PN adalah kerajaan majoriti lemah malah katanya ia tidak dapat mentadbir dengan berkesan.

“Ia juga boleh tumbang. Apakah UMNO mesti kekal terpalit dengan kemelut ini?

“Sebab itu PAS pragmatik. Ia boleh berkawan dengan DAP dan kemudiannya meninggalkan DAP. PAS menyertai PN tetapi PAS juga mahu Muafakat Nasional (MN) didaftarkan.

“PAS tidak peduli dituduh geli dengan jawatan. Mereka juga mahu dominan dalam PN. Bersatu pun sama. Mereka kuasai Sabah tapi hilang kuasa di Johor, Kedah dan kini di Perak,” katanya.

Menurut Puad lagi, mana ada kerajaan yang berkuasa kalah teruk di Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti di Tanjung Piai.

“ Itu menakutkan Bersatu. Sebab itu Bersatu tidak boleh balas dendam kerana “Perak Move”.

“Pokoknya kita mesti keluar dari kepompong lama dan memulakan politik norma baru. Tiada musuh dan kawan politik yang kekal selagi kerajaan majoriti 2/3 tidak wujud.
“Bersedialah dengan politik norma baru,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat