CEO KWSP Janji Jumpa Menteri Kewangan Bincang Mansuh Syarat i-Sinar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO memberitahu pihaknya sudah mendapat maklum balas daripada Ketua Pegawai (CEO) Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizikri Alias berkaitan isu syarat pengeluaran akaun satu KWSP menerusi program i-Sinar.

Ketua pergerakan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta Alizikri mempermudahkan pengeluaran i-Sinar dengan memansuhkan semua kriteria atau syarat yang ditetapkan.

“Insya-ALLAH, beliau respons, jawab dengan baik dan positif untuk bawa isu ini serta akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenainya.

“Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat,” katanya dalam satu komen di hantaran Facebook beliau hari ini.

Menurut Dr Asyraf lagi, maklum balas berkenaan diterima selepas dua janji temunya dengan CEO KWSP itu sebelum ini dibatalkan.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten dari awal mengangkat isu ini sebagai salah satu daripada perkara rakyat yang cemas dan tertekan mahukan.

“Pelbagai usaha telah kami lakukan termasuklah bersemuka dan menghantar Memorandum kepada YB Menteri Kewangan, YB Menteri Ekonomi selain daripada cuba mendapatkan temujanji bersama CEO KWSP sendiri (walaupun dua kali dibatalkan temujanji), membawa pandangan rakyat ini kepada Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi BN dan Ahli-Ahli Parlimen BN untuk diperjuangkan dalam Parlimen.

“Ini tidak termasuk melalui semua saluran Media, arus perdana, televisyen dan juga media sosial.

“InsyaAllah, kami Pemuda UMNO akan terus istiqomah memperjuangkan isu ini bagi pihak rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan. Akhirnya yang penting rakyat yang mendapat manfaatnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menyambut baik dan memberikan komen positif terhadap usaha Pemuda UMNO dalam membantu membawa suara rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat