MB Perak: UMNO Tunggu Maklum PN Sehingga Petang Ini

- Advertisement -

IPOH – UMNO dikatakan telah memberi tempoh sehingga petang ini kepada Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas untuk menyokong pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Sabtu lalu, UMNO Perak sebulat suara mencalonkan Saarani yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN negeri Perak, sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut sumber dalam UMNO, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini akan membincangkan jajaran politik baharu sekiranya tidak menerima respon positif daripada sekutu mereka Perikatan Nasional sehingga sebelum mesyuarat.

Sumber sama menyatakan 26 Adun telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Saarani. 25 daripadanya adalah Adun UMNO manakala identiti seorang lagi Adun tidak didedahkan.

Dewan Undangan Negeri Perak mempunyai 59 wakil rakyat, ini bermakna Saarani hanya memerlukan sokongan empat orang Adun sahaja lagi untuk membolehkan beliau mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak.

“Saarani telah mempunyai jaminan akan mendapat sokongan daripada Adun Pakatan Harapan sekiranya pencalonan beliau tidak mendapat sokongan PPBM dan Pas. Ia terserah kepada kedua-dua parti tersebut untuk membuat keputusan.”

Difahamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi taklimat dari perspektif UMNO kepada DYMM Tuanku Sultan Perak.

Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi, menyatakan kesediaan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk satu kerajaan yang stabil dan berkekalan setidak-tidaknya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Usaha mencari pengganti Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dimulakan setelah usul undi percaya terhadapnya gagal mendapat sokongan majoriti mudah.Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti Adun Perak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat