Krisis Perak: Demi Rakyat, PH Ketepi Ego Untuk Kerjasama Dengan UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Perak sedia mengenepikan ego untuk bekerjasama dengan UMNO membentuk kerajaan baharu yang lebih kukuh untuk kepentingan rakyat,

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi, berikutan itu PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk satu kerajaan yang stabil dan berkekalan setidak-tidaknya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ini kerana kita tidak mahu sebuah kerajaan yang majoritinya cuma cukup-cukup sahaja, tipis dan menjadi kerajaan yang rapuh atau ‘fragile’. Kalau itu berlaku sudah tentu akan mendatangkan masalah kepada rakyat.

“Walaupun sejarahnya PH tidak pernah berbaik dengan UMNO tetapi demi membela kepentingan rakyat, maka kita ketepikan ego politik masing-masing itu untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kuat.

“Jadi apabila kita kata semua pihak itu tidak semestinya UMNO, mungkin ada pihak lain yang boleh kita fikirkan, kita melihat kepada mana satu yang memberi faedah kepada rakyat, itu ukuran kita sebenarnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Perak mempunyai 59 ADUN terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu (lima), PAS (tiga), DAP (16), PKR (tiga), Amanah (lima) dan satu masing-masing Gerakan dan Bebas.

Asmuni turut mengulas apabila ditanya kemungkinan kerjasama yang hanya membabitkan PKR dan Amanah sahaja.

“Formula ini pernah dilontarkan oleh pelbagai pihak kepada kami, tetapi sejak awal kita menegaskan bahawa kalau ada mana-mana parti dalam komponen PH itu yang dikeluarkan maka kita tidak akan menyertai kerana ia tidak akan menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh.

“Katalah UMNO ada 24 (ADUN), kemudian DAP dikeluarkan ada 16 dan yang tinggal hanya Amanah dan PKR keseluruhan 33, ini sangat ‘fragile’,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu berkata, keadaan yang rapuh itu mungkin akan mengakibatkan keruntuhan semula kerajaan dan sekali gus memberi persepsi negatif kepimpinan negeri kepada rakyat.

“Kalau selepas dibentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan yang ada ini dan kemudian kerajaan itu runtuh juga, saya bimbang rakyat akan benci kepada orang politik. Jadi, memikirkan perkara itulah kita bersetuju untuk menyertai kerajaan ini,” katanya.

Beliau berkata, konsensus untuk bekerjasama itu sudah pun dicapai sebelum menghadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru-baru ini.

Katanya, setakat ini pihaknya masih belum berbincang berhubung siapakah calon dan daripada parti mana yang akan diberikan sokongan sebagai Menteri Besar Perak baharu nanti.

“Itu kita tidak bincang lagi, ia membabitkan beberapa fasa selepas selesai perbincangan untuk membentuk kerajaan barulah kita berbincang siapa nak jadi Menteri Besar,” katanya.

Sebelum ini, DAP dan PKR menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu selepas peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat