Jangan buat spekulasi, tunggu kenyataan rasmi UMNO Perak- Saarani

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menasihatkan supaya semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian berdasarkan kenyataan yang disebarkan tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti.

Saarani berkata, UMNO Perak memandang serius spekulasi dan khabar angin yang dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik di negeri itu.

“Sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Kemelut politik di Perak tercetus setelah ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim yang mewakili UMNO mengemukakan undi percaya kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Usul itu menyaksikan Ahmad Faizal tersingkir daripada jawatannya apabila hanya mendapat 10 undi sokongan manakala 48 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lagi tidak menyokong.

Abdul Manaf yang mengemukakan usul terbabit mengundi untuk tidak memberi sokongan.

ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang meninggalkan Parti Amanah Negara dan kemudiannya menyertai Bersatu pula dilaporkan tidak mengundi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat