Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti Adun Perak

- Advertisement -

IPOH – Yang Di Pertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam usul Undi Percaya Terhadap Menteri Besar Perak yang dibuat sebentar tadi.

Sebanyak 10 menyokong usul, 48 tidak menyokong usul dan 1 berkecuali. DUN Perak mempunyai 59 anggota yang dipilih melalui pilihan raya. Seseorang Menteri Besar memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 30 Adun sebagai majoriti mudah.

Kerajaan Perikatan Nasional mempunyai 32 Adun dengan UMNO merupakan parti terbesar sebanyak 25, diikuti PPBM (4), PAS (3). Selain itu kerajaan negeri Perak ini turut disokong oleh seorang Adun Gerakan dan tiga bebas menjadikan jumlah keseluruan 36 orang.

Usul undi percaya Ahmad Faizal dibawa oleh Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abdul Manaf Hashim yang memberi alasan bahawa adalah satu keperluan untuk mendapat keabsahan mengenai kedudukan ADUN Chenderiang sebagai Menteri Besar Perak berikutan hubungan tidak baik dengan parti utama dalam komponen kerajaan negeri iaitu UMNO/Barisan Nasional.

Lebih dari sepuluh orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bangun menyokong usul undi belah bahagi.

Speaker memutuskan undian belah bahagi menggunakan kertas undi yang mempunyai pilihan Sokong, Tidak Sokong dan Berkecuali. Pengiraan undi dilakukan oleh Setiausaha Dewan dengan disaksikan oleh wakil setiap parti.

Berikutan kegagalan ini Ahmad Faizal perlu mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan, untuk memakumkan kedudukan beliau.

Ahmad Faizal mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan dan menasihatkan Tuanku Sultan memilih Menteri Besar yang baharu atau menasihati Tuanku Sultan membubarkan DUN. Nasihat pembubaran DUN tidak semestinya diikuti oleh Baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat