Belanjawan 2021 MOSTI Lulus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diluluskan melalui undian suara di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Peruntukan sejumlah RM9.35 bilion itu juga merangkumi peruntukan untuk pembekalan Vaksin Covid-19 ke negara ini.

Ketika sesi pergulungan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia meletakkan sasaran 70% daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok di bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan bagi penyakit Covid-19.

Dua perjanjian telah ditandatangani oleh Malaysia iaitu perjanjan bersama “Covax Facility” melalui “Optional Purchase Arrangement” yang telah ditandagani pada 23 November lepas yang menjamin bekalan vaksin sebanyak 10% populasi negara.

Menurut Khairy lagi, perjanjian kedua adalah perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutukal Pfizer yang dimenterai pada 24 November bagi mendapatkan bekalan vaksin sebanyak 20% daripada populasi negara (12.8 juta dos).

“Bagi mencapai baki sasaran 40%, kerajaan masih di dala proses perbincangan dan rundingan bersama syarikat-syarikat farmaseutikal pembangunan vaksin Covid-19 yang lain.

“Bagi tujuan imunisasi kepada rakyat pula, kerajaan menyasarkan tempoh suku tahun pertama 2021 bagi memperoleh wajaran penggunaan pertama bekalan Covid-19,

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin,” tegas Khairy.

Pada Perbentangan Belanjawan 2021 lepas, peruntukan RM9.35 bilion ini adalah perbelanjaan pentadbiran RM5.1 bilion dan RM4.25 bilion untuk pembangunan.

Setakat ini, 14 Kementerian sudah lulus RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat Jawatankuasa. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat