Ibu Isi Rumah Penerima BKM Dapat RM500 Selepas Bersalin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan RM 150 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, insentif ini bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia.

“Jadi saya rasa, masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu dan bukan kepada bapa,” katanya ketika pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat.

Ujarnya, bantuan ini tercetus berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan bahawa kadar fertiliti negara pada 1970 ialah 4.9 orang bayi untuk setiap wanita, namun kini telah jatuh ke tahap terendah iaitu 1.7 orang bayi.

“Sementara itu, kanak-kanak daripada keluarga susah khususnya, berdepan dengan masalah pemakanan sehingga mengganggu tumbesaran mereka lebih-lebih lagi sejak COVID-19 melanda.

“Perkembangan lain, menyentuh aspek kebajikan kanak-kanak akan terus dititik beratkan.

“Kerajaan menyediakan RM188 juta bagi program pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Ini termasuk pembinaan 10 buah taska KEMAS termasuk tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan, Limbang, Sarawak dan Pasir Putih, Kelantan.

“Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang memberikan pendidikan awal anak-anak, Kerajaan bersetuju melanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran Taska dan Tadika berdaftar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat