Bajet 2023: Kerajaan Tanggung Kos Lesen Memandu Belia B40, Bantuan Usahakan Food Truck

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 berkata, tidak cukup dengan itu, bagi menggalakkan lagi belia bekerja, Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan dengan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Jelas beliau, golongan belia mewakili lebih seperempat populasi negara dan sememangnya, pada tangan-tangan merekalah yang menentukan lakaran wajah masa depan negara. Elok acuan kita, moleklah peribadi mereka.

“Sungguhpun negara berjaya mencapai tahap guna tenaga penuh, tetapi kadar pengangguran bagi mereka di bawah 25 tahun, termasuk lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi masih berada pada tahap 11 peratus setakat suku kedua 2022. Hal ini akan terus diberi perhatian.

“Bagi memastikan anak muda diberi akses pekerjaan sewajarnya, kerajaan akan menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan.

“Selain itu, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan TVET,” katanya.

Tengku Zafrul menambah, bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah RM 305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank.

“Antaranya, Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana RM50 juta akan menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk 10,000 anak muda menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan food truck,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat