Malaysia DIjangka Catat Pertumbuhan Ekonomi 4 Hingga 5 Peratus Tahun Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan sekitar empat hingga lima peratus bagi 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jangkaan itu disebabkan ketidaktentuan perkembangan ekonomi dunia ketika ini.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia tidak boleh lari daripada tempias perkembangan ekonomi global yang kian mencabar.

“Maka kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2023 dijangka menyederhana iaitu antara empat hingga lima peratus,” katanya.

Katanya, Malaysia jelas terkesan apabila kadar inflasi negara meningkat daripada 2.3 peratus pada Januari 2022 kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022.

“Jika tidak kerana bantuan dan subsidi kerajaan sebanyak RM77.7 bililion, kadar inflasi negara sepatutnya lebih tinggi dan sepatutnya boleh mencecah hingga 10 peratus.

“Ekoran kadar inflasi tinggi yang dihadapi negara-negara lain seperti Amerika Syarikat iaitu 8 peratus, dasar monetari mereka telah diketatkan secara agresif dengan kadar faedah dinaikkan 300 mata asas tahun ini.

“Ini bermakna, dengan trend negara-negara asing mengetatkan dasar monetari mereka, dijangkakan dunia bakal menghadapi kelembapan ekonomi menjelang 2023,” katanya.

Tambahnya, tinjauan ekonomi dunia bagi 2023 juga menunjukkan keadaan yang semakin tidak menentu dan mencabar susulan konflik geopolitik, tekanan inflasi global, dasar monetari yang mengetat dan prospek pertumbuhan ekonomi yang lemah.

“Pada Januari 2022, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia 2023 pada 3.8 peratus. Namun pada Julai yang lalu, IMF menyemak semula unjuran 2023 kepada 2.9 peratus,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat