Agong terhibur dengan gelagat rakyat Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhibur dengan gelagat rakyat Sabah sepanjang lima hari Kembara Kenali Borneo berlangsung di negeri di bawah bayu itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada majlis santapan malam bersama kerajaan negeri semalam.

“Ada anak muda panggil saya ‘Pakcik Agong’, ‘Abang Agong’, ada yang panggil ‘Gong, Gong, Gong’ sekurang-kurangnya menghiburkan saya juga..kepada Raja Permaisuri dipanggil Datin Permaisuri.

“Ini semua pada saya, realiti yang cukup menakjubkan dan keharmonian ditunjuk di sebalik kepelbagaian ini simbol kepada perpaduan dan kestabilan negeri Sabah yg wajar dijadikan tauladan,” katanya ketika majlis santapan malam tadi Kota Kinabalu sebahagian daripada program Kembara Kenali Borneo yang diketuai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kembara yang akan berakhir di Sabah petang semalam meninggalkan pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang dikongsikan oleh warganet menerusi laman media sosial seperti Tiktok dan Facebook.

Setiap daerah yang dilalui oleh 25 kenderaan dalam program Kembara Kenali Borneo itu mempunyai kisah tersendiri.

Paling menarik apabila warganet berkongsi gelaran yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong apabila kenderaan dinaiki Baginda berdua berhenti di bahu jalan untuk menyantuni rakyat jelata, lapor Utusan di Sabah.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ sering kali kedengaran apabila kenderaan dinaiki Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah melalui kawasan yang dipenuhi orang ramai yang menanti kehadiran Baginda.

Malah setiap kali kembara yang turut disertai anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana melalui kawasan tertentu, masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk mendekati kenderaan Seri Paduka bagi merakamkan gambar kenangan.

Sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah itu turut menyentuh hati Raja Permaisuri Agong yang dilihat menitiskan air mata pada hari pertama tiba di Tawau.

Sepanjang kunjungan ke lapan daerah, rakyat di setiap kawasan begitu teruja apabila dapat menatap secara dekat keperibadian mulia Baginda berdua yang amat mesra dan ramah dengan rakyat.

Selain program rasmi yang telah disusun, Seri Paduka turut membuat kunjungan mengejut ke gerai-gerai buah di tepi jalan dan stesen minyak.

Lapan daerah yang telah dilawati sepanjang lima hari kembara itu berlangsung di Sabah adalah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat