PM ajak India dan Asean kerjasama tangani isu Laut China Selatan

- Advertisement -

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Asean dan India terus menggunakan hubungan mesra mereka dengan negara lain untuk menggalakkan dialog dan usaha bersama menyelesaikan isu Laut China Selatan.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan Asean sentiasa menganggap India sebagai sekutu strategik yang penting.

“Mengenai cabaran dan konflik (dalam) geopolitik yang berkembang, Asean dan India harus terus menggunakan hubungan persahabatan kita dengan negara lain untuk menggalakkan dialog, kerjasama, kewujudan bersama secara aman, dan kita telah banyak membuat rujukan kepada isu Laut China Selatan, ” katanya pada Sidang Kemuncak Asean-India ke-20 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Asean ke-43 dan Sidang Kemuncak lain yang berkaitan di sini pada Khamis (7 Sept).

Asean berhadapan dilema besar apabila China yang merupakan antara rakan dagang terbesar mereka mula pro-aktif menuntut kawasan-kawasan maritim mereka beradasrkan dakwaan sejarah lampau.

Terbaharu, Peta China 2023 menuntut kira-kira 90 peratus daripada 3.5 juta kilometer persegi Laut China Selatan pada peta China.

Jalur nine dash line ini membentang sejauh dua ribu kilometer dari daratan China hingga ke dalam kawasan Zone Ekonomi Eksklusif negara-negara Asean seperti Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam.

China juga menuntut sebahagian kawasan Arunachal Pradesh, Jammu dan Kashmir di India.

Terdahulu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata tema sidang kemuncak tahun ini ” “Asean Matters: Epicentrum of Growth” adalah penting kerana “di sini, suara semua orang didengari.”

“Asean adalah (pusat) pertumbuhan kerana ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan global,” tambah Modi.

Anwar juga mengucapkan tahniah kepada Modi atas pendaratan bersejarah kapal angkasa India berhampiran kutub selatan bulan pada Ogos, yang pertama dari mana-mana negara mendarat di kawasan itu.

“Kami berkongsi kebanggaan sebagai sebahagian daripada usaha niaga Asia dan Asean,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat