Perkenal Sistem e-Temujanji, CBP Mudahkan Urusan Pelanggan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan sistem e-Temujanji bagi memudahkan urusan perbankan pelanggan secara bersemuka di kaunter-kaunter cawangan CBP, sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Menurut CBP, bermula 1 Ogos 2021, sistem e-Temujanji membolehkan pelanggan-pelanggan CBP menempah slot temujanji di semua 28 cawangan CBP di seluruh negara dan sebuah cawangan Ar-rahnu di Setapak.

“Sistem ini diperkenalkan bagi memastikan pengoperasian perkhidmatan kaunter cawangan-cawangan CBP mematuhi garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dalam masa yang sama memastikan urusan bersemuka di kaunter-kaunter adalah teratur dan selamat kepada pelanggan dan juga kakitangan CBP.

“Walau bagaimanapun, cawangan CBP masih menerima pelanggan ‘walk-in’ seperti biasa,” jelas CBP dalam satu kenyataan media hari ini.

Menerusi sistem ini, pelanggan boleh menempah slot temujanji secara atas talian di https://bit.ly/temujanjiCBP sebelum hadir ke cawangan CBP.

Selain kaedah e-Temujanji, Pelanggan-pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi MyCoopbank iaitu aplikasi perbankan atas talian yang boleh dimuat turun di platform Google Playstore dan Apple Store.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat