Filipina Tamatkan Perintah Berkurung Ketika Kes Meningkat

- Advertisement -

MANILA: Filipina akan menamatkan perintah berkurung di Manila minggu ini bagi melaksanakan ujian ‘perintah berkurung bersasar’ dalam usaha menurunkan kes COVID-19 dan memulihkan ekonomi.

Lebih 13 juta penduduk di ibu negara itu yang juga pusat ekonomi Filipina, dikenakan perintah berkurung sejak 6 Ogos berikutan peningkatan jangkitan akibat varian Delta.

Langkah untuk melonggarkan sekatan bermula Rabu ini, diputuskan ketika jumlah kes harian negara itu melepasi 20,000 sejak tiga hari lalu, dua kali ganda berbanding jumlah kes pada permulaan sekatan terbaharu, yang memberi tekanan pada hospital yang kekurangan jururawat.

“Perintah berkurung bersasar akan bermula di Metro Manila, yang akan dilaksanakan secara menyeluruh, malah makanan akan dihantar pada kamu,” kata jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque.

Bagaimanapun, tiada perincian lain berhubung bagaimana langkah bersasar itu akan dilaksanakan.

Sekatan yang lebih longgar di ibu negara itu, yang merangkumi kira-kira satu pertiga daripada ekonomi negara itu, akan membolehkan ramai perniagaan terkesan kembali beroperasi dan merancakkan semula pelancongan tempatan.

Berdasarkan peraturan sebelum ini, pelanggan dibenarkan makan di restoran dan salun kecantikan boleh beroperasi, namun pada kapasiti tertentu, sama seperti aktiviti di gereja.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, berkata negara itu tidak mampu lagi untuk melaksanakan perintah berkurung lebih lama, selepas langkah sebelum ini menjejaskan ekonomi dan menyebabkan jutaan hilang pekerjaan.

Namun, dengan hanya kira-kira 19 peratus populasi disasarkan lengkap divaksin dan jumlah pesakit di hospital bertambah, pihak berkuasa tidak memiliki banyak pilihan dalam memperlahankan penularan virus itu.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Filipina kini sudah melepasi dua juta, dengan lebih 34,000 kematian. – AFP

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat