Jam Buruj ‘laku keras, habis stok’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laman web yang menjual jam tangan jenama Buruj sesak dengan trafik pelanggan yang membeli atas talian.

Jam tangan model Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki habis terjual, semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Buruj, Mohamad Basri Ibrahim berkata, laman web rasmi menjual jam tangan berkenaan menerima trafik yang amat tinggi sejak kelmarin.

“Laman web kami menerima trafik yang sangat tinggi sehingga crash (ranap) dan terpaksa menaik taraf ke cloud hosting (pelayan awan) yang lebih tinggi,” katanya memetik Kosmo.

Dalam paparan iklan, jam tangan jenama Buruj ini dijual pada harga RM279 selepas diskaun 15 peratus daripada harga sebenar RM330.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menjawab tuduhan peguam dan aktivis Siti Kasim yang mendakwa beliau menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menerusi ciapan di laman Twitter berkata, beliau hanya memakai jam tangan jenama Buruj bagi membantu memudahkannya mengetahui arah kiblat serta waktu solat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ini sudah lama saya pakai. Senang hendak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun senang hendak menentukan arah kiblat,” tulisnya.

Terdahulu Siti Kasim atau nama lengkapnya Siti Zabedah Kasim dalam satu hantaran di media sosial meminta pengikut laman Twitter miliknya melihat jam berwarna keemasan kepunyaan Idris yang disangkanya jam jenama mewah Rolex.

Pengendali laman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini turut memuat naik poster menerangkan maksud perkataan buruj.

“Kata nama (astronomi) sekumpulan bintang yang berdekatan antara satu sama lain pada satu kawasan langit yang dibentuk menjadi transformasi tertentu seperti geometri dan haiwan,” katanya.

Hantaran DBP itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 600 kali. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat