Hospital Medan: Usahasama ATM-KKM Akan Diperkukuhkan Kata Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata, usahama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi operasi Hospital Medan akan diperkukuhkan bagi menangani pandemik Covid-19.

Jelas beliau, dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 944 pesakit #COVID19 telah menerima rawatan di Hospital Medan ini yang mana 877 telah sembuh sekaligus dibenarkan pulang.

“Hari ini masuk hari ke-79 Hospital Medan ATM beroperasi di Hospital Sultanah Aminah dengan kapasiti 80 katil biasa dan 4 katil ICU sejak dibuka pada 21 Jun 2021.

“Alhamdulillah, dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 944 pesakit #COVID19 telah menerima rawatan di Hospital Medan ini yang mana 877 telah sembuh sekaligus dibenarkan pulang.” katanya.

May be an image of outdoors
Hospital Medan ATM beroperasi di Hospital Sultanah Aminah dengan kapasiti 80 katil biasa dan 4 katil ICU sejak dibuka pada 21 Jun 2021. Foto – Facebook Hishammudin Hussein

Ujarnya, beliau amat bangga dan hargai kesungguhan anggota-anggota Tentera Darat Malaysia khususnya dari Kor Kesihatan Diraja yang sentiasa sanggup merisikokan diri serta bertugas sebilang masa demi membantu pasukan KKM perangi COVID19.

“Semestinya usahasama ATM-KKM ini akan terus diperkukuh. Saya telah sebut baru-baru ini bahawa Hospital Medan akan segera ditambah di negeri-negeri yang memerlukan. ATM kini hanya tunggu lampu hijau KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk diaturgerak.

“COVID-19 ialah musuh negara. Menerusi apa jua cara, ATM akan peranginya demi nyawa rakyat, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan tanah air .” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat