Saham akhirat Noorkhiriah dan suami, urus jenazah percuma

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, bersyukur apabila dia kini berjaya mempunyai empat buah van jenazah di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang diusahakannya sendiri, lebih setahun lalu.

Umpama ‘saham akhirat’ buatnya dan suami Azfaizul Ahtan, pelakon drama Nur ini mengakui dia gembira dan semakin yakin kerana rezeki Allah sentiasa ada untuk dia menggerakkan kerja amal itu.

“Bila kenang balik, rasa hendak menangis, seperti mimpi buat semua ini. Bermula dengan borak-borak bersama suami pada Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP1).

“Kemudian, keluarkan duit ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tukarkan kereta jadi van jenazah, tiba-tiba sudah setahun lebih @pertubuhanamalnurbykhiriah,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian dibuat itu, Noorkhiriah berkata pelbagai perkara difikirkan pada mulanya apabila dia membuat keputusan mahu cuba menggerakkan sendiri pertubuhan amal berkenaan.

“Alhamdulillah, daripada satu van jenazah, tiba-tiba jadi dua dan kini sudah ada empat. Dua daripadanya adalah hasil infak. Baiknya Allah, dipermudahkan dari mula sampai sekarang.

“Ditambah ada yang tidak putus-putus menyumbang. Dari satu kes ke satu kes, pelbagai cara kematian. Sampai saya tidak berani buka galeri gambar suami,” tulisnya lagi.

Noorkhiriah berkata pertubuhannya memberikan perkhidmatan mengurus jenazah secara percuma sepenuhnya, bermula daripada kain kafan sehinggalah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

“Doakan usaha kami terus dipermudahkan untuk membantu mereka yang memerlukan tidak kira tua, muda, miskin dan kaya. Sampai ke tanah kubur kami hantar dan kami akan bantu, itu janjinya.

“Suami dan saya memang buat aktiviti uruskan jenazah untuk pertubuhan kami secara percuma. Dari mandi, kafan, solat sampai hantar ke tanah perkuburan, tidak perlu bayar walau sepuluh sen,” katanya.

Menurut Noorkhiriah, kini apa yang diharapkan orang ramai terus mendoakan usahanya bersama suami sentiasa dipermudahkan oleh Allah agar dapat membantu lebih ramai orang pada masa akan datang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat