Keputusan titah addendum Najib diumum 13 Ogos 2025

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan akan umum keputusan titah addendum berkait Datuk Seri Najib Razak pada Rabu depan 13 Ogos 2025.

Perkara itu dimaklumkan oleh pentadbir akaun Facebook bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada Khamis.

Sebelum itu, anak sulung Najib, Nizar menggesa kerajaan menghormati titah addendum berkait pelaksanaan tahanan rumah bapanya seperti titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Isu ini sudah lama berlarutan. Sampai bila kita nak selesaikan kemelut ini sedangkan titah itu wujud?” kata Nizar dalam sidang media.

Anak sulung Najib berkata, kegagalan melaksanakan titah itu memberikan persepsi tidak sihat kepada kerajaan.

“Ketika kita menjunjung titah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, tiada siapa pertikaikan malah menyokong.

“Jadi apa bezanya titah untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan titah untuk laksanakan adendum,” katanya.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi berkata langkah susulan terhadap titah addendum akan diusahakan secepat mungkin mengikut prosedur perundangan namun menegaskan ia bergantung kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong yang mesti dihormati semua pihak.

Titah addendum dibuat terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang sebelum ini mengurangkan hukuman penjara dan denda ke atas Najib, dan didakwa mengandungi perintah hukuman penjara bekas perdana menteri dijalankan secara tahanan di rumah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat