Kerajaan Peruntukkan RM4.09 Bilion Untuk Jalur Lebar Di Sarawak – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.09 bilion di bawah RMKe-12 untuk memastikan
capaian jalur lebar secara menyeluruh kepada Keluarga Malaysia di Sarawak menjelang 2030.

Ujarnya, inilah antara tanda keprihatinan dan inisiatif kerajaan kepada rakyat di negeri ini.

“Baru-baru ini satelit kelapan negara, MEASAT-3d dengan kos sekitar RM1.2 bilion telah dilancarkan bagi meningkatkan kelajuan capaian internet sedia ada, sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar,

“Kerajaan berharap selepas ini tiada lagi Keluarga Malaysia yang terpaksa memanjat
pokok atau berkhemah di atas bukit semata-mata mencari liputan internet.” katanya sempena Jelajah Keluarga Malaysia, di Dataran Perayaan Petrajaya, di sini, pada Ahad.

Turut hadir Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Kanan Kerjaraya, Dato’ Sri Hj Fadillah Yusuf dan barisan Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak.

Sementara itu, sebanyak enam projek pembinaan hospital dan klinik dilaksanakan di negeri ini, melibatkan tambahan bangunan, kelengkapan perubatan serta kuarters.

Sehingga kini Hospital Sri Aman telah pun siap, manakala lima buah projek lagi yang melibatkan kos sebanyak RM695.5 juta di Miri, Mukah, Kuching dan Serian, dijangka
siap tahun depan.

Kata Perdana Menteri lagi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turut menyediakan peruntukan sebanyak RM13.4 bilion bagi pembangunan prasarana dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia Sarawak.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat