JAIS Arah Surau Di Shah Alam Tutup, Jemaah Kontak Rapat Kluster Sivagangga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan.

Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

“Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut satu kenyataan JAIS, jawatankuasa surau hendaklah memastikan individu berkenaan menjalankan saringan ujian Covid-19 dan melaporkan keputusan kepada pihaknya.

Proses sanitasi hendaklah dilakukan serta merta di seluruh kawasan surau dan sekolah KAFA terlibat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat