Peniaga Tak Mengaku Salah Sorok Lebih 200,000 Pelitup Muka

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan, iaitu 216,500 keping pelitup muka, Mac lepas.

Teoh Khai Lin, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, Teoh dan seorang lagi yang masih bebas didakwa menyembunyikan barangan itu daripada dijual di pasaran di sebuah premis di Kota Damansara di sini, pada jam 2.15 petang, 25 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seskyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali ke-2 dan seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Atiqah Abdul Karim@Husaini menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Nur Hannan Ishak, yang mewakili tertuduh, merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung ibu bapa, memberi kerjasama baik ketika ditahan, selain perniagaannya merosot kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Sept ini untuk sebutan semula kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat