Malaysia, Singapura Terikat Tanpa Jaringan Saingan Kumpulan Piala AFF Bawah 19

- Advertisement -

PETALING JAYA – Malaysia gagal meraih kemenangan kedua dalam Piala AFF Bawah 19 tahun (B-19) apabila diikat 0-0 oleh Singapura di Jakarta, hari ini.

Selepas menumpaskan Kemboja 2-1 dalam perlawanan pembukaan, Selasa lalu anak-anak buah Hassan Sazali Warras memburu kemenangan di Gelora Bung Karno bagi mengungguli Kumpulan B.

Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan, namun kegagalan menembusi gawang lawan menyebabkan skuad Malaysia B-19 terlepas tiga mata yang dicari.

Buat sementara, Malaysia masih mengetuai saingan dengan mengumpul empat mata, namun kedudukan itu mampu berubah jika Laos mengalahkan Kemboja malam in.

Corak bertahan yang diterapkan Singapura nyata menyukarkan skuad muda negara untuk mencari gol, biarpun memperoleh beberapa peluang terbaik terutama menerusi Haqimi Azim Rosli dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-29.

Di hujung permainan, Malaysia beroleh peluang untuk mendapatkan gol kemenangan, namun tandukan Ahmad Aysar Hadi Shapri tidak menepati sasaran.

Malaysia akan menentang Timor Leste dalam perlawanan ketiga, Sabtu ini, manakala Singapura menentang Laos. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat