Malaysia-Turkiye Setuju Pertingkatkan Kerjasama Komprehensif – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia dan Tukiye mencapai persetujuan untuk mempertingkat dan memperkukuhkan kerjasama dua negara ke tahap perkongsian strategik komprehensif dalam pelbagai bidang.

Ismail Sabri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Turkiye berkata, hasil perbincangan produktif bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan, lapor portal BH.

“Tahun ini masuk tahun ke-58 hubungan diplomatik Malaysia dan Turkiye. Pada 2014, ketika lawatan Presiden Turkiye ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Turkiye melancarkan rangka kerjasama strategik.

“Pada hari ini saya dan Presiden Turkiye bersetuju supaya kerjasama ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik komprehensif memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan dan keselamatan makanan,” katanya pada sidang media kemuncak lawatan rasmi beliau ke Turkiye di Istana Presiden, di Ankara, sebentar tadi.

Terdahalu, Ismail Sabri disambut oleh Recep Tayyip Erdogan semasa barisan kawalan kehormat Tentera Turki pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi empat hari beliau ke negara itu di Istana Presiden hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat