Slash 15 tahun bebas dadah dan alkohol, 12 tahun bebas rokok

- Advertisement -

Los Angeles: Pemain gitar Guns N’ Roses, Slash sudah 15 tahun bebas dari pengambilan dadah dan alkohol selepas dia mengambil keputusan memasuki pusat pemulihan pada 3 Julai 2006 lalu.

Teman wanitanya, Meegan Hodges dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan tahniah kepada Slash atas pencapaian dan kerja kerasnya itu.

Slash, 55, dalam satu temubual berkata, selepas meninggalkan Guns N Roses pada 1996, dia seperti hilang arah.

“Masalah pengambilan alkohol dan dadah semakin kronik. Saya juga tidak ada sebarang idea atau arah untuk kerjaya saya ketika itu.

“Ia memang teruk. Saya tinggalkan kumpulan saya, bercerai dan saya melalui semua perkara yang teruk. Saya juga berdepan isu dengan syarikat rakaman. Ia memang betul-betul kehidupan rock roll yang teruk,” katanya.

Pada 2001 ketika berusia 35 tahun, Slash mengalami masalah jantung disebabkan tabiat pengambilan alkohol dan dadah yang kronik.

Dia kemudian mengambil masa lima tahun untuk pulih daripada masalah itu.

“Awal pagi 3 Julai 2006, saya memasuki pusat pemulihan. Saya betul-betul menyerah dalam tempoh 30 hari selepas itu. Dalam tempoh itu, saya banyak belajar mengenai diri. Sejak itu juga, saya tidak lagi mengambil dadah dan alkohol sehingga hari ini,” katanya.

Slash yang turut dikenali sebagai perokok tegar turut mengambil keputusan berhenti merokok pada 2009 selepas kematian ibunya akibat kanser paru-paru.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat