“Saya dianiaya, ini semua fitnah” – Bapa Zayn Rayyan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Saya dianiaya, ini semua fitnah,” kata bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Ia mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang mengesahkan beliau dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu tiba di mahkamah, pada 8.25 pagi.

Sementara itu, di luar mahkamah, keluarga kepada ibu bapa Zayn berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.

Ibu kepada bapa Zayn menjerit meminta keadilan untuk anak lelakinya itu, Zaim Ikhwan Zahari, 28.

“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah,” jeritnya memetik Harian Metro pada Jumaat.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini, pada 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemukan terbaring di sungai itu yang jaraknya kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat