Penculik ditahan selepas terima wang tebusan – Polis

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes culik seorang wanita di Kulai, bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mereka ditahan pada 23 Mei hingga 25 Mei lalu, dan berusia antara 24 hingga 48 tahun di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

Beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 3.13 petang, 16 Mei lalu yang mendakwa mangsa berusia 30 tahun itu dilarikan tiga individu bersenjata parang, ketika berada di rumah.

“Kejadian membabitkan wang tebusan RM111,000 bagi melepaskan mangsa.

“Mangsa kemudian dilepaskan tanpa sebarang kecederaan sebaik wang tebusan diserahkan pada hari yang sama di sebuah perhentian bas di Skudai di sini,” katanya hari ini.

Menurut Kumar, polis merampas wang tunai yang dipercayai diperolehi hasil daripada jenayah culik itu dan semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas mereka juga mendapati enam daripadanya positif methamphetamine,” katanya.

Kumar berkata, tiga suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Kulai, hari ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, dan mengaku tidak bersalah. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat