Pusat Pakar Tawakal, dua doktor diarah bayar RM5.1 juta kepada bekas CEO Prolintas akibatkan ‘brain damage’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurn membayar RM5.1 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Zainudin A Kadir selepas mengalami ‘brain damage’ akibat pembedahan hidung di hospital swasta berkenaan.

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab sebagai isteri dan pentadbir harta Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan Covid-19.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin berkata, ia susulan Nor Rizam sebagai plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa pusat itu bersama dua pakarnya bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Dalam keputusan yang dimuatnaik sistem kehakiman pada Rabu lalu, Mohd Arief Emran juga mengarahkan tiga pihak terbabit membayar RM210,000 sebagai kos kepada pentadbir harta Zainudin itu.

“Sebahagian besar daripada ganti rugi adalah akibat kehilangan pendapatan kerana mangsa bekerja dan memperoleh RM65,000 sebulan manakala RM500,000 lagi adalah untuk kesakitan dan penderitaan.

“Bukan fungsi mahkamah untuk menghukum doktor atau hospital tetapi memberi pampasan kepada plaintif.

“Kerosakan otak kepada mangsa kerana kebenaran keluar awal selepas pembedahan selain beberapa kejadian di wad,” katanya lapor Harian Metro.

Mengikut fakta kes, Zainudin dimasukkan ke hospital pada 22 Februari 2016 dan menjalani pembedahan hidung empat hari kemudian.

Pembedahan bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir jam 8.05 malam, sebelum Zainudin rebah jam 9.30 malam.

Mengikut protokol hospital, doktor perlu memerhati pesakit di ruang pemulihan sekurang-kurangnya sejam selepas ‘reversal anaesthesia’ sebelum keluar wad.

Dalam kes ini, pemerhatian hanya berlaku selama 25 minit.

Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat