Kluster gantung, pecat mahu ranapkan Umno dan lemahkan Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kluster gantung dan pecat yang ‘disingkir’ daripada keanggotaan Umno didakwa mahu meranapkan Umno dan juga melemahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi berkata, bekas-bekas pimpinan Umno ini tidak berani menubuhkan parti baru sebaliknya hanya sekadar menumpang rumah orang lain.

Beliau mendakwa, tindakan dan kenyataan yang terbit daripada kluster gantung dan pecat ini hanya menjurus ke arah meranapkan Umno.

“Umno ada kluster gantung dan pecat. Mereka makin lantang menghentam Umno.

“KJ kata Umno bungkus di Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti dan 50 peratus ahli Umno akan lari.

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baru. Mereka tumpang rumah orang lain. (Tan Sri) Annuar Musa pilih PAS,” kata Puad di Facebooknya pada Rabu.

Dakwa beliau , mereka ini mahu ranapkan Umno, bolehlah politik mereka terus hidup.

“Ada yang tidak mahu menumpang. Mereka hanya mahu Umno kalah teruk enam PRN.

“Negeri ini bukan milik Umno. Mereka hanya mahu Zahid lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai Umno,” dakwa Speaker DUN Johor itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat