Jika Umno gagal jayakan Kerajaan Perpaduan berisiko tak lagi dipercayai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Umno gagal menjayakan Kerajaan Perpaduan, tidak mustahil parti Melayu itu dihukum sehingga gagal bangkit semula.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan ahli-ahlinya bahawa jika Umno gagal menjayakan Kerajaan Perpaduan, parti itu tidak lagi dipercayai dan terus ditolak.

“Justeru, sangatlah penting untuk Umno mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini. Kerana kita (Umno) adalah ‘rumus’ yang menjelmakan jawapan kepada kecelaruan politik tanah air, pada waktu itu.

“Bayangkan implikasinya kepada Umno, jika kita mensia-siakan peluang ini. Jika kita tidak berprestasi, dan jika kita pula yang menjadi masalah kepada Kerajaan Perpaduan. Siapa lagi yang akan percaya kepada Umno selepas ini, jika kita gagal menjayakan kerajaan ini.

“Kita bukan sahaja, akan mengecewakan kepercayaan Raja yang kita kasihi. Kita juga akan menjadikan rakyat lebih muak dengan drama politik kita. Malah, pengundi akan terus menghukum Umno, dengan hukuman penolakan yang tidak akan memungkinkan Umno itu bangkit semula,” katanya ketika ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2023 di WTCKL pada malam Rabu.

Tegas Mohamad, Umno tidak punyai pilihan ia bergantung kepada prestasi parti dalam kerajaan akan menentukan, sama ada kita boleh dipercayai ataupun tidak dalam PRU akan datang.

“Dan sudah semestinya, menjayakan kerajaan ini sangat penting kepada Umno, kerana kita mesti melakukan perkara yang betul untuk tanah air ini.

“Telah empat tahun Malaysia terumbang-ambing, tanpa kejelasan matlamat dalam bernegara dan berbangsa. Masakan kita mahu membiarkan ia berterusan. Justeru, kita mesti menggunakan peluang yang sangat unik ini, untuk membezakan Umno dari parti politik lain.

“Bahawa kita bukan sekadar punya iltizam. Kita punya kepakaran, kebijaksanaan, ilmu dan pengalaman yang boleh kita manfaatkan, untuk menjadikan kerajaan ini kerajaan yang cekap, bersih dan amanah,” ujar Mohamad.

Menteri Pertahanan itu juga menegaskan, mempertahan dan menjayakan Kerajaan Perpaduan adalah matlamat politik Umno waktu ini.

“Insyallah, kita akan jayakan dengan gembelengan segala kepakaran dan pengalaman yang Umno miliki. Jangan lagi kita sebarkan pelbagai naratif yang mengelirukan.

“Malah kita mesti menoktahkan segala kekeliruan, dan bekerja seolah-olah ini adalah kerajaan milik Umno dan dipimpin Umno sepenuhnya,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat