MYMedic@Wilayah: 1,000 Penduduk PPR Kampung Muhibbah Disuntik Vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah menerima vaksin menerusi Projek Rintis Trak Bergerak MYMedic@Wilayah hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kebanyakan penerima itu daripada kalangan warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Lebih 900 penerima hari ini adalah warga emas dan pendaftaran mereka dibantu jawatan kuasa penduduk dan kemudian ia diselaraskan dalam aplikasi MySejahtera.

“Ini adalah langkah proaktif untuk merancakkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali gus membolehkan warga Wilayah Persekutuan mendapatkan vaksin dengan cepat.

May be an image of 1 person, standing, indoor and text that says "TIN Diri Semua MYMedic@ WILAYAH PRIH Wilayah Truck Lindung Lindung Vaccine Mobile OPTIM SPECI EYESPECIA New New n NEW VISION NEW LIFE PEMAL RIAN AH TUAN"

“Ini juga dapat mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan komuniti berkepadatan tinggi khususnya di PPR, Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya ketika meninjau Projek Rintis Trak Bergerak di PPR Kampung Muhibbah, di sini hari ini.

Inisiatif Trak Vaksin Bergerak yang akan dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun ini, berupaya memberi suntikan vaksin COVID-19 antara 15,000 hingga 20,000 dos sehari kepada warga Wilayah Persekutuan.

Ia antara empat langkah yang sedang dan akan dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memastikan Wilayah Persekutuan mencapai imuniti kelompok lebih awal, iaitu menjelang akhir Ogos atau awal September ini.

Annuar berkata, projek perintis ini adalah bagi menguji dahulu serta melihat sejauh mana kapasiti yang dapat dilaksanakan.

“Secara umumnya, dari aspek pergerakan (flow) nampak agak sesak, penjarakan fizikal tidak begitu dipantau, dan ia diperbaiki selain untuk mengharapkan lebih ramai sukarelawan untuk membantu warga emas, OKU berkerusi roda supaya tampil lebih ramai.

“Apa yang perlu diperbaiki lagi adalah tempoh menunggu supaya lebih cepat, berikutan proses untuk rundingan daripada petugas kesihatan memerlukan masa enam hingga tujuh minit adalah tempoh normal,” katanya.

Beliau berkata, program rintis itu bertujuan membawakan vaksin kepada rakyat, jadi rakyat tidak perlu melakukan perjalanan dan menunggu terlalu lama.

“Kita menjangkakan selepas mendapat kelulusan, operasi trak bergerak pada 15 Jun ini adalah 10 buah dan Julai pula kita menggerakkan 39 trak secara serentak.

“Ini berikutan di bawah sistem ini, kapasiti untuk membantu mempercepatkan sehingga 15,000 hingga 20,000 suntikan sehari di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Warga emas, Tong Onn Keong, 66, berkata beliau gembira sudah mendapatkan suntikan dos pertama dan dijadualkan mendapat suntikan kedua 28 Jun depan.

“Saya mengisi borang seminggu lalu dan hari ini dipanggil. Sebenarnya saya tengok di televisyen, agak menakutkan, tetapi apabila disuntik tiada apa-apapun,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat