Ford F-150 Raptor, Trak Pikap ‘Kayangan’ Yang Cecah Harga RM900,000 Di Malaysia

- Advertisement -

Trak pikap pacuaan empat roda merupakan salah satu kenderaan yang menjadi pilihan orang Malaysia selain beberapa jenis kenderaan yang lain seperti JDMmuscle car dan supercar.

Ford F-150 Raptor merupakan salah sebuah trak pikap pacuan empat roda ‘kayangan’ yang ada di pasaran Malaysia. Jangan terkeliru antara model ini dengan model Ford Ranger Raptor kerana kedua-duanya merupakan dua model yang berbeza.

Ford F-150 Raptor

Model F-150 Raptor mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2010. Ia mempunyai reka bentuk luaran yang sederhana dan praktikal jika dibandingkan dengan model Ford Ranger Raptor yang nampak lebih garang.

Pada bahagian kabin dalam pula, model F-150 Raptor mengetengahkan konsep yang selesa dan versatil. Manakala Ford Raptor pula menonjolkan konsep kabin yang lebih sporty dan mewah.

Dari segi kuasa dan prestasi pula F-150 Raptor hadir dengan enjin 3.5-liter twin-turbo EcoBoost V6 yang mampu menghasilkan 450hp dan 691Nm tork. Ford Ranger Raptor pula ditawarkan dengan enjin 2.0-liter biturbo diesel empat-silinder yang menghasilkan 210hp dan 500Nm tork.

Anda boleh lihat gambar-gambar penuh Ford F-150 Raptor yang sudah berada di pasaran Malaysia di sini.

Harga ‘kayangan’ Ford F-150 Raptor

 

Jika hendak dibandingkan harga kedua-dua model ‘Raptor’ ini, model Ford Ranger Raptor jauh lebih murah dengan harga rasminya cuma RM208,888. Manakala model F-150 Raptor ditawarkan secara rasmi oleh Hamawangsa Kredit (pemegang francis dan pengedar utama) bermula dari RM781,000 (model asas). Harganya hampir tiga kali ganda berbanding model Ford Ranger Raptor biasa.

Kereta F-150 Raptor ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari Gurun, Kedah dan ia turut dieksport ke beberapa negara Asean seperti Indonesia, Laos, Myanmar, Singapura dan lain-lain lagi.

Walaupun harga yang ditawarkan secara rasmi untuk model CKD agak ‘tinggi’, namun ada pengimport kereta recond menawarkan model kereta tahun 2020 yang hampir mencecah RM 1 juta (harga jangkaan termasuk cukai duti).

Kenapa harganya terlalu tinggi?

vocket-ford-f-150-raptor-6

PERBEZAAN SAIZ FORD F-150 RAPTOR (KANAN) DAN FORD RANGER RAPTOR (KIRI) | SUMBER GAMBAR: THE CAR CONNECTION

Pasti ramai tertanya-tanya mengapa harga model pacuan empat roda ini boleh mencecah hampir RM800,000? Antara beberapa faktor seperti saiznya jauh lebih besar berbanding model Ford Ranger Raptor, enjin yang lebih berprestasi tinggi dan mempunyai transmisi yang lebih sesuai untuk melaksanakan tugasan berat.

Memetik kata-kata dari portal Jasduit, jika seseorang mempunyai hasrat untuk mendaki hutan Banjaran Titiwangsa untuk dijadikan jalan utama, memang model Ford F-150 Raptor berbaloi untuk digunakan tanpa perlu menggunakan jalan atau lebuh raya utama.

Dalam erti kata lain, model Ford F-150 Raptor memang dicipta khas ultra-tahan lasak untuk membuat kerja-kerja berat dan bergerak lebih ‘liar’ di kawasan off-road.

Replika Ford F-150 Raptor

 

 

Oleh kerana model ini dijual pada harga yang agak mahal, ada juga yang memilih cara yang lebih murah dengan mengubah suai model Ford Ranger Raptor menjadi Ford F-150 Raptor.

Di Malaysia terdapat beberapa buah kedai pengubah suaian kereta yang menawarkan perkhidmatan untuk mengubah suai model Ford Ranger Raptor menjadi kereta F-150 Raptor idaman anda.

Antara individu yang menggunakan perkhidmatan mengubah suai model ini ialah selebriti fesyen lelaki terkenal, Wak Doyok. Beliau telah modified trak pikapnya menjadi Monster Truck Ford Shelby Raptor F-150. Menurut hantaran Facebook beliau, trak pikap replika ini merupakan salah sebuah daripada 10 biji terawal yang ada di Malaysia.

Lihat saja spesifikasi dan kemampuan yang ada pada model Ford F-150 Raptor ini, jadi tidak boleh dinafikan harga trak pikap ini boleh mencecah hampir RM800,000 (model CKD) dan RM1 juta (model import).

Sehinggakan ada yang sanggup ubahsuai membuat model replika untuk menjadi orang yang terawal yang memandu trak pikap ‘Ford F-150 Raptor’ di Malaysia.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,563FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat