Sayu dengar takbir raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hati penyanyi Tuah Adzmi sayu setiap kali mendengar takbir raya, sekali gus, terkenang arwah bapa.

Walaupun arwah meninggal dunia sejak berusia enam tahun, Tuah atau nama sebenarnya, Arumi Nafis Mohd Adzmi berkata, kehilangan arwah bapanya masih dirasai sehingga hari ini.

“Sebenarnya, saya dan emak sudah biasa beraya berdua. Dari kecil, kami hanya menyambut Syawal berdua.

“Selalunya, saya tidaklah terfikir sangat. Namun, sebaik mendengar takbir raya, saya mesti teringat tidak menyambut bersama arwah buat kesekian kalinya.

“Apabila teringatkannya, hati tiba-tiba jadi sedih. Saya dan emak pasti menziarahi pusara arwah pada hari raya pertama,” katanya kepada BH Online.

Namun, kata Tuah, dia sudah dua tahun tidak dapat menziarahi pusara arwah bapa pada hari raya pertama disebabkan pandemik COVID-19.

“Saya dan emak selalu menziarahi pusara arwah. Kami juga duduk berdekatan dengan tanah perkuburan di Ampang. Namun, agak jarang dapat ke sana selepas berpindah ke Bangi.

“Jujurnya, kami tak pernah terlepas menziarahi kubur ayah pada hari raya pertama, cuma tidak berkesempatan sejak pandemik COVID-19 menular.

“Bukan sahaja disebabkan pandemik, tetapi apabila berpindah jauh kami kena rancang masa sesuai untuk ke Ampang. Jadi, pertama pertama yang akan dilakukan menziarahi pusara arwah pada hari raya pertama selepas solat raya,” katanya.

 

Tuah dan ibunya meraikan Syawal berdua selepas pemergian arwah bapa. - Foto IG Tuah Adzmi
Tuah dan ibunya meraikan Syawal berdua selepas pemergian arwah bapa. – Foto IG Tuah Adzmi

 

Dalam perkembangan lain, Tuah kini mahu fokus dengan kerjaya nyanyian dan memutuskan berehat sementara daripada kerjaya sebagai pembantu stor di kilang al-Quran.

“Buat masa ini, saya tidak dapat sambung bekerja di kilang. Sebab kalau saya sambung kerja, risau pula tidak dapat membahagikan masa jika dapat tawaran nyanyian.

“Tetapi, saya akan kembali bekerja jika pendapatan nyanyian tidak memberangsangkan.

“Jujurnya, ramai mula mengenali saya dan lagu nyanyian selepas menyertai program realiti, Big Stage. Bukan sajaja orang ramai, malah, media juga,” katanya.

Dalam masa sama, Tuah juga merancang kembali aktif di YouTube, memandangkan banyak meraih pendapatan di laman itu.

Terdahulu, Tuah mula aktif di YouTube sejak berusia 15 tahun. Bagaimanapun, mula menjana pendapatan menerusi video dimuat naik kira-kira lima tahun kemudian.\

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat