Bayar pampasan untuk apa, tanya Dr Mahathir kepada Peguam Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan umum mengapa kerajaan mengambil keputusan melakukan penyelesaian luar mahkamah dalam kes saman Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Menurut Dr Mahathir, tindakan merahsiakan butiran terma penyelesaian adalah sukar difahami dan boleh menimbulkan pelbagai persepsi.

“Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.”

Bekas perdana menteri itu juga melahirkan kehairanan beliau mengenai keputusan mengadakan penyelesaian luar mahkamah tanpa membabitkan beliau yang merupakan saksi utama dan defendan dalam kes saman tersebut.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah pampasan perlu dibayar jika penamatan kontrak yang dibuat adalah mengikut undang-undang.

“Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklumkan bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law. Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.”

Pada September 2020, Mohamed Apandi memfailkan saman meminta pengisytiharan bahawa penamatan khidmatnya sebagai Peguam Negara oleh Dr Mahathir pada 2018 dilakukan secara salah. Pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi antaranya menuntut pengisytiharan bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) telah menyalahgunakan kedudukannya.

Mohamed Apandi turut mendakwa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia. Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat