Jemaah haji : Kemunculan varian baru Covid-19, Malaysia tunggu pengesahan Arab Saudi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia masih menunggu pengesahan daripada kerajaan Saudi berhubung laporan mengatakan ia mempertimbangkan larangan mengerjakan haji ke atas jemaah luar negara tahun ini berikutan kemunculan varian baharu Covid-19 di seluruh dunia.

“Saya tidak tahu berapa lama keputusan berkenaan akan diperoleh,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad.

Beliau berharap akan dapat mengumumkan keputusan Saudi dalam masa terdekat.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan Saudi bimbang untuk membuka pintu masuk kepada jemaah luar negara berikutan kemunculan varian baharu Covid-19 di peringkat global.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli menyangkal dakwaan beliau gagal melaksanakan tugasnya sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Islam kerana lebih tumpu kepada perkara lain.

“Saya masih menghadiri mesyuarat kementerian. Jika pihak berkenaan tidak percaya mereka boleh rujuk jadual harian saya,” katanya.

Zulkifli di majlis pelancaran produk dana antara sebuah bank swasta dan Yayasan Waqaf Malaysia hari ini berkata kerajaan komited memperkasakan pengurusan waqaf melalui kerjasama antara agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau percaya tidak mustahil waqaf boleh menjadi sektor yang melengkapkan sektor awam dan swasta dengan kerjasama ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat