Letupan paip gas Putra Heights akibatkan kerugian RM65.4 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai kerosakan keseluruhan membabitkan kediaman terjejas dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights Selasa lalu mencecah RM65.4 juta.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu berdasarkan anggaran pasukan teknikal yang diketuai oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membuat cerapan awal nilai kerugian bagi setiap rumah.

“Manakala anggaran nilai yang telah diselamatkan atas usaha agensi yang pantas ke lokasi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta tindakan proaktif dianggarkan sebanyak RM285.9 juta.

“Penilaian kerosakan kepada infrastruktur awam dan kawasan berdekatan sedang berjalan,” katanya pada Isnin.

Pada 1 April (pagi kedua Aidilfitri) berlaku insiden kebakaran salur gas berhampiran Jalan Putra Harmoni 1/3 dan 1/4, di Putra Height, Puchong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan seramai 364 mangsa daripada 74 keluarga terlibat dalam kebakaran itu yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah celsius.

67 penduduk melecur, tiada kematian dilaporkan, dan mangsa yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil.

237 rumah dan premis terbakar dan terjejas manakala 275 kenderaan, 57 motosikal terbakar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat