Mara siasat insiden buli di MRSM Pulau Pinang, you touch you go – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan siasatan segera insiden yang didakwa buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pulau Pinang.

“Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM.

“Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga Mara, “You Touch You Go!” Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘buli’ dalam apa jua bentuk di MRSM,” tegas Asyraf.

Kenyataan Asyraf itu menyusul selepas tular foto yang memaparkan pelajar MRSM Pulau Pinang yang didakwa menekap kepala rakannya dengan bantal manakala seorang lagi memukul di bahagian kaki.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat