Timbalan Menteri Undang-undang dari Bersatu, bukan kami yang tolak RUU Lompat Parti – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu menafikan sekeras-kerasanya dakwaan yang dilaporkan kononnya parti itu secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang dipecat kerana melompat parti sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dalam jawapan balas terhadap laporan Utusan Malaysia menegaskan tidak pernah ada penolakan kolektif seperti didakawa.

Beliau malah memberitahu, laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “RUU: Bersatu bantah syarat kosongkan kerusi” ini langsung tidak melambangkan semangat perbincangan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 5 April lalu.

“Bersatu sentiasa komited dalam memastikan reformasi institusi berjalan dengan baik. Bersatu menghantar wakil ke sesi-sesi konsultasi mengenai Anti Lompat Parti dan Akta Menghadkan Tempoh Khidmat Perdana Menteri.

“Dalam setiap sesi, kami menyuarakan pandangan secara konstruktif untuk memastikan kerajaan dapat menghasilkan draf yang terbaik untuk negara,” jelas Wan Saiful.

Malahan katanya, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu DatukMas Ermieyati Samsudin ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang memainkan peranan penting dalam proses menyediakan draf akta-akta ini.

“Tidak pernah ada penolakan kolektif seperti yang didakwa.

“Saya tidak tahu sumber mana yang dipetik dan apa niat disebalik ulasan tersebut,” katanya.

Ujar Wan Saiful lagi, pandangan rasmi parti akan dinyatakan apabila mendapat salinan draf yang sebenar.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan menurut sumber Bersatu secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli parlimen yang dipecat kerana melompat parti sekali gus PRK perlu diadakan.

Perkara itu antara tiga kriteria lompat parti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti yang akan dibentang di Dewan Rakyat, Isnin ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat