KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada mana-mana pimpinan parti mahupun masyarakat supaya tidak menunggang isu agama dan kaum demi kepentingan peribadi kerana akhirnya ia akan membakar diri.
“Pemimpin mana-mana parti ataupun pimpinan masyarakat janganlah tungang isu ini (agama, kaum) untuk kepentingan peribadi. Kerana kalau kita teruskan (tunggang) ia akan membakar dan memusnahkan rakyat.
“Jangan gunakan ini (agama, kaum) sebagai senjata politik, kerana ia akan membakar diri,” katanya selepas solat Jumaat di Bandar Baru Bangi.
Beliau mengingatkan bahawa masalah agama dan kaum diselesaikan ikut jalur peraturan justeru sesiapa yang melanggarnya akan berdepan dengan jalur hukum.
“Sikap tegas kerajaan meletakkan darjat mansia, agama tidak dibolehkan apa lagi di negara kita pelbagai kaum dan agama.
“Islam agama Persekutuan, kita martabatkan. Tapi kita jaga keharmonian.
“Jadi saya nak nasihat itu, jangan gunakan ini sebagai senjata politik kerana ia akan membakar diri,” ujar Perdana Menteri.