24 juta beras subsidi mula diedar, penguat kuasa turun pantau di pasar raya – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penguatkuasa Kawal Selia Padi dan Beras telah turun ke pasaraya-pasaraya di sekitar negeri Pahang, Perlis, Kelantan, dan Perak untuk memantau pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sehingga semalam, banyak lokasi pemantauan telah berjaya dilaksanakan, dan bekalan BPT kini mula dijual di seluruh pasar raya seluruh negara secara berperingkat bagi memenuhi keperluan golongan sasar.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan, sebanyak 24 juta kampit beras putih tempatan bersubsidi dengan berat 10 kilogram setiap satu akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung secara berperingkat bermula 1 Mac 2025, dengan harga RM26 sekampit.

Inisiatif ini ditujukan kepada golongan isi rumah miskin dan miskin tegar menerusi pelaksanaan intervensi khas dengan peruntukan subsidi sebanyak RM150 juta untuk tempoh 6 bulan.

Pembelian Beras Putih Tempatan bersubsidi ini akan dihadkan kepada dua kampit bagi setiap 400,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat