Muhyiddin tak turun padang, rakyat di Pagoh seberang ke Muar mohon bantuan – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Kata Syed Saddiq, Muhyiddin jarang turun padang meninjau permasalahan rakyatnya di Parlimen Pagoh sehingga menyebabkan penduduk di situ datang ke Muar memohon bantuan seperti tablet, laptop dan juga bakul makanan.

“Perdana Menteri dalam ucapannya berkata kerajaan tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, sejujurnya saya rasa dia jarang turun padang dan sebab itu dia tidak tahu masalah sebenar di peringkat akar umbi.

“Tidak perlu tengok di peringkat nasional di kawasan Parlimennya sendiri, Pagoh ramai yang sanggup datang ke pusat khidmat Parlimen Muar untuk minat tablet, laptop dan bakul makanan,” bidas beliau.

Menurut Syed Saddiq beliau tidak gentar untuk mengemukakan data dan fakta senarai permohonan penduduk Pagoh yang memohon bantuan di Muar.

“Saya tidak takut untuk kongsikan senarai nama kerana senarai pemohon itu ada.

“Realiti pada hari ini sangat berbeza seperti apa yang digambarkan dalam ucapannya, sesi perbahasan bukanlah sesi untuk kita mendengar taklimat khas,” kritik Syed Saddiq.

Hari ini, Muhyiddin dalam ucapannya di Parlimen berkata, kerajaan tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita.

“Benar, kerajaan ini tidak sempurna. Tetapi apa yang benar juga ialah kerajaan hari ini tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Apa yang penting kita mesti bersolidariti dalam menghadaoi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari,” ujar Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat