Lompat masuk UMNO semula, diterima hanya sebagai ahli biasa tanpa keistimewaan – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam kehangatan gelombang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pintu UMNO terbuka untuk semua tanpa mengira latar umur dan asal usul.

Zahid berkata, andai mereka yang meninggalkan UMNO dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Namun tegas beliau, parti ini mesti berlaku adil dan tegas.

“Proses penerimaan semula mesti melalui proses seperti dalam Perlembagaan UMNO.

“Diterima hanya sebagai ahli biasa. Tanpa syarat. Tanpa keistimewaan atau kelebihan.

“Ingat, UMNO adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan,” tegasnya.

Zahid memberitahu, UMNO adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan oleh itu, pintunya terbuka untuk semua.

DISYORKAN BACA:

‘UMNO Harus Memimpin’ – Annuar Musa

Ingatan Presiden UMNO itu dipercayai merujuk kepada tiga ADUN Johor yang dijangka membuat pengumuman bahawa mereka akan keluar dari Bersatu untuk menyertai UMNO.

Difahamkan, mereka adalah ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat