‘UMNO Harus Memimpin’ – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kembalinya beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor kembali menyokong UMNO seperti ‘Belut pulang ke lumpur, sireh pulang ke gagang’.

Jelasnya, kepulangan mereka ke parti UMNO ini adalah suatu perkara yang baik kerana ianya satu proses pemulihan.

Tegasnya, ahli UMNO dan penyokong setia parti harus membuka pintu serta menyambut kepulangan ini.

“Beberapa pemimpin kanan ppbm Johor mengumumkan kembali menyokong UMNO dan BN.Saya tahu ramai lagi yg bersedia untuk berbuat demikian, insyaallah.

“Gelombang ini bukan satu perkara yg tidak baik.Ia satu proses pemulihan.Belut pulang ke lumpur, sireh pulang ke gagang.

“Kita ahli dan penyokong setia parti harus membuka pintu,menyambut kepulangan ini.Mudah mudahan ia turut merintis kepulangan dokongan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini.” katanya melalui catatan Facebook, sebentar tadi.

Ujar beliau lagi, dalam sejarah politik negar,  parti serpihan biasanya berjuang di bawah dokongan personaliti, bukan organisasi atau idealogi.

Dalam pada itu, UMNO harus terbuka kerana UMNO harus memimpin.

“Lazimnya,hayatnya juga tidak lama.Namun UMNO adalah sebuah parti berakar umbi,punya organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada personaliti.Kepimpinan sering Patah Tumbuh Hilang Berganti.

“Saya mendoakan lebih ramai kawan kawan yg dulunya meninggalkan parti ini,kembali semula.Kita bersama mendokong perjuangan ini.Umno harus terus terbuka,kerana UMNO HARUS MEMIMPIN.” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat